Hari ini aku
outstation ke Ipoh. Salah satu tempat yang aku gemari dan penuh memori. Katakan yang aku hidup dalam kenangan,tapi kenangan itu satu nostalgia dan nostalgia itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan.
*Baiklah,ini sudah lari daripada topik asal*Aku bukan hendak memperkatakan tentang tugasku di Ipoh ini. Tapi untuk berkongsi tempat-wajib-singgah bila berada di Ipoh.
RUMAH TUMPANGAN DAN KEDAI KOPI YONG SUAN!Aku masih ingat, sewaktu masih lagi di universiti...sekitar tahun tiga, aku dan Mr.Hubby sanggup datang ke sini semata-mata untuk minum kopi & menikmati roti bakar.


Selain terkenal sebagai kopitiam, di sini juga terdapat mamak yang menjual Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih popular dengan nama "Nasi Wanggei" ataupun "Nasi Ganja".
Apa yang menariknya ialah nasi putih ini disajikan dengan sambal kelapa,timun,bendi,telur masin, kuah kari dan ayam merah. Jika kalian peminat kuah banjir, minta sahaja pada pelayan untuk ditambahkan ke dalam pinggan anda. Inilah hasilnya...terbukti lazat!
Tadaaa!!!Kopi ais atau teh ais sudah semestinya pilihan terbaik lebih-lebih lagi sekiranya cuaca panas!
Teh ais tapau!Oleh itu, bila ke Ipoh, jangan lupa cari kedai Yong Suan ini. Kalau sesat, tanyakan saja kepada orang tempatan, pasti jumpa!
Tips: Datang awal jika tidak mahu beratur panjang!