Wednesday 27 July 2011

Hati kata...

Rindu bila jauh itu indah.
Dekat tapi rindu itu payah.


Selamat malam pujangga!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 24 July 2011

Parenthood Expo!

7th Parenthood Expo kembali lagi!!

Tarikh : 29-31 Julai 2011
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1, 2 & 3)

Masuk adalah PERCUMA!!

Untuk maklumat lanjut kalian boleh klik sini. Pelbagai program & bengkel yang menarik untuk disertai.

Jumpa di sana!!!

Friday 22 July 2011

Cupcakes Crazy!

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. Iklan raya sudah mula disiarkan di televisyen. Promosi jualan murah pra-Ramadhan di mana-mana. Seperti sudah terhidu-hidu bau ayam golek dan air kathira di Bazaar Ramadhan. Pastinya kali ini, aku lebih teruja memandangkan ada Chinta bersama. Mungkinkah Ramadhan kali ini aku sempat bertarawikh di Masjid Asy-Syakirin seperti Ramadhan sebelumnya?

Bulan puasa bulan persiapan raya. Apabila Ramadhan semakin di penghujung, persiapan Hari Raya pun semakin giat berjalan. Aku pasti, kaum ibu adalah antara yang paling sibuk memastikan anak-anak berbaju baru, pakaian suami siap tersedia, ada buah tangan untuk keluarga dan mertua, tingkap rumah licin digilap, kuih raya paling tidak sejenis dua dan macam-macam lagi.

Waktu aku kecil, mama akan buat sendiri kuih raya. Antara kuih wajib ada ialah kuih tat dan sarang semut. Kedua-duanya adalah kesukaanku. Dalam keluarga, aku paling kurang berminat menyediakan kuih raya. Eyzza paling rajin. Sejak sekolah rendah dia sudah pandai mencipta resipi kuih raya sendiri. Apabila kuih rayanya menjadi, kembang kuncuplah hidung Eyzza yang tidak begitu mancung itu dek pujian sanak saudara.

Sehingga ke hari ini, dia masih minat membuat kuih raya. Beberapa tahun lepas, dia sudah mula berjualan kuih raya. Aku seperti biasa hanya menolong membuat kerja-kerja promoter pasaraya. Antara yang paling laris biasanya adalah kuih Cornflakes dan kuih Suji. Tahun ini, tidak pasti samada dia akan berjualan memandangkan sibuk menjalani praktikal. Akan diupdate kelak.

Adikku ini juga sudah mengembangkan lagi badan dan bakatnya dalam membuat cupcakes dan kek menggunakan label "Cupcakes Crazy". Se-gila pemiliknya!








Antara cupcakes yang dihasilkan. Dan juga pelbagai bentuk kek mengikut tempahan pelanggan. Sesuai untuk majlis perkahwinan, harijadi, bridal shower, baby shower atau untuk makan-makan!



Sila hubungi Eyzza di talian 012-7805789 untuk pertanyaan dan tempahan!!

Cupcakes dijual dengan harga RM2.50- RM3.50 per piece bergantung kepada corak/perisa/design yang diinginkan.Minimum order ialah 25 pieces ( 1 kotak).

Harga kek pula bergantung kepada berat/jenis/design.

Selamat Berpuasa!!!

Wednesday 13 July 2011

Lelaki

E-mail yang aku terima semalam daripada adik iparku buat aku tersenyum simpul sendiri.




Mungkin ini juga boleh menceriakan hari kalian?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 12 July 2011

TESCO

Tidak perlu corat-coret yang panjang. Esok hari terakhir promosi!!Jadilah ibu-bapa yang bijak berbelanja demi menjana ekonomi keluarga. Layari TESCO dan ayuh ke stor bedekatan sekarang!



Yang benar,

Pelanggan tetap TESCO Ampang.

KlasiQue

Tukang jahit sudah enggan terima tempahan. Sedangkan anak bulan Ramadhan pun belum lagi menunjukkan kelibat. Alternatif lain, mungkin terpaksa membeli baju raya yang sudah siap. Apa nak dirisaukan, terlalu banyak pilihan di pasaran sekarang. Baik rekaan pereka-pereka terkemuka, sehinggalah jualan longgok di Jalan Tunku Abdul Rahman. Oh, teringat akan sebuah kedai di celah-celah Masjid India yang menjual tudung ekspress dengan harga serendah RM2.50!!

Antara koleksi raya yang boleh dijadikan pilihan adalah rangkaian baju kurung dan kaftan eksklusif KlasiQue by MY COUTURE.

Diterajui oleh anak-anak muda tempatan, KlasiQue menjanjikan pilihan yang eksklusif dan berkualiti. Antara rangkaian produk ialah songket, busana lelaki & wanita serta aksesori. Sekiranya kalian berada di Terengganu hujung minggu ini, bolehlah mendapatkan Koleksi Raya secara terus pada tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah "LIKE" Klasique di Facebook. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan produk KlasiQue juga boleh dititipkan di page berkenaan.

Persiapan raya pun persiapan juga. Apa yang penting, sudahkah kalian habis mengganti puasa? Berilah aku kekuatan & hidayah agar segera menggantikan puasa yang tinggal 4 hari cuma!!!

Monday 11 July 2011

Kamu

Jika mampu ditafsirkan dengan bahasa
Kau adalah sastera terindah karya manusia
Jika mampu diluahkan dengan kata-kata
Kaulah syair ciptaan pujangga dunia

Tiada anugerah yang membanggakan
Selain mendampingi insan sesempurnamu
Tiada hikmah yang terselindung
Sekiranya aku hilang kamu.


Entah bila
Waktu ilhamku datang.

Di sebuah pejabat di tengah kota.

Cintaku seikhlasnya
Hanya untukmu
Tak berbelah bagi
Tak kurang, walau seinci.



13.5.2008
DNW, Bangsar
"Attachment Programme"

Kita

Aku.
Kamu.
Satu.
Walau jauh.



13.4.2008
Atas awan, Penang - KL

Luar & Dalam

Sepanjang tempoh berpantang, kadangkala ibu-ibu muda terlalu sibuk dan fokus terhadap bayi comel yang baru dilahirkan. Sehinggakan mereka lupa untuk membelai diri luar dan dalam. Entry lepas ada ku tulis berkaitan produk yang diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Antaranya ialah Set Bersalin NR yang mengandungi beberapa produk seperti:
  • PhytoNatal - dalam bentuk kapsul
  • Akar Herbanika - dalam uncang dan perlu dicampur air untuk diminum
  • Minyak Herbanika - minyak sapuan untuk disapu ke anggota badan terutamanya perut dan kaki
  • Herbanika Barut - sapuan pada perut dan pinggang sebelum berbengkung
  • Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
  • Herbanika Lulur - untuk menyental kulit agar halis dan berseri


Untuk maklumat lanjut atau mendapatkannya boleh klik sini atau hubungi Puan Amirah di talian 012-3220566. Puan ini sangat lemah-lembut dan cantik. Sesuai dengan imejnya sebagai pemilik toko Nona Roguy di 39-1, Tingkat 1, Lorong Ara Kiri, Lucky Garden, 59100 Bangsar.

Selain itu, aku menerima set bersalin sebagai hadiah oleh seorang teman. Iris Medi Herba Formula oleh Doktor Idris Ahmad, Pantai Medical Centre mengandungi scrub mandian, pilis dan tepel. Scrub mandian itu aku gunakan setiap hari tanpa gagal!


Untuk mengecutkan rahim, aku amalkan LD Venus by Elken. Terdapat 20 botol dalam setiap kotak. Sekurang-kurangnya 2 botol sehari. Ia bukan sahaja untuk mengecutkan rahim dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, tetapi turut berfungsi untuk merapatkan apa yang sepatutnya!Ianya bukan sahaja sesuai untuk wanita-wanitta yang baru bersalin malahan sesuai diambil untuk mereka yang mempunyai masalah dalam kitaran haid serta wanita yang menghampiri menopouse. Aku boleh dapatkan harga ahli, jika mahu!
Tidak lupa juga air rebusan halia + longan + kurma merah yang dimasak menggunakan periuk tanah untuk melawaskan proses perkumuhan.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Sekian.

Wednesday 6 July 2011

Pukul 3 pagi...


Pernah dengar kata-kata yang berbunyi sedikit lebih kurang begini "di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada wanita di belakangnya". Benarkah seseorang lelaki itu memerlukan wanita untuk menjadi hebat? Hebat benarkah wanita itu kerana berjaya mengubah hidup si lelaki ini?

Aku kenal seorang lelaki ini yang kurasakan dirinya hebat. Berjaya dalam hidupnya. Disenangi rakan taulan. Ya, benar. Beliau telah berkahwin. Tetapi sejak aku kenal lagi dia telah hebat. Sejak beliau bujang maksudku. Malah kerana kehebatan beliaulah aku kenal namanya yang disebut-sebut kerana kehebatannya.

Jika begitu keadaannya, terpakaikah kata-kata itu untuk diri lelaki tersebut? Pasti sukar untuk menjadi isterinya kerana dia harus menjadi paling tidak sama hebat dengan suaminya untuk buktikan kepada ramai yang dia sentiasa ada, setia di sisi sang suami, menyokong setiap apa yang dibuat oleh beliau.

Cuma terfikir tatkala menyusukan Chinta yang merengek mahukan susu di awal-awal pagi begini. Mahu menyambung mimpi indahku.

Selamat semua...

- Posted using BlogPress from my iPhone