Wednesday 9 November 2011

2nd Maternity & Children Expo

Venue: Mid Valley Exhibition Centre
Date: 18 till 20 December 2011
Time: 10am till 9pm


FREE ADMISSION!!



See you there!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 4 November 2011

PRELOVED Maxi Cosi Pebble Ruby Red

For SALE!!


The condition is excellent.
Gently used for +/- 7 months.


Price:RM800 (negotiable)
Retail price: RM1249.00

Kindly email/contact me for more details.
Email: nuruleylia@gmail.com
Mobile: +6012 780 5798
SMS.WhatsApp.Viber.Tango.Line


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday 20 October 2011

Aku, Penang & Mereka : Bahagian II

Lokasi wajib-cuba seterusnya ialah Restoran Kapitan @ Lebuh Chulia.

Restoran ini amat terkenal dengan susu badam iaitu susu lembu yang dididihkan bersama-sama dengan campuran badam,kismis dan halia di dalam kawah besar.




Inilah Susu Badam wajib-cuba!Warnanya kuning seperti air jagung.



Antara menu yang popular dan menjadi kegemaran warga tempatan ialah Roti Cheese Naan dan Nasi Briyani Ayam Tandoori Claypot.




Menu minuman yang terdapat di sini...



Paling menarik Restoran Kapitan juga turut menyediakan delivery service!




Jangan lupa masukkan Restoran Kapitan di dalam carian GPS kalian jika ke Penang!

TBC

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 19 October 2011

Aku,Penang dan Mereka : Bahagian 1

Minggu ini outstation lagi. Kali ini ke Georgetown - Syurga Makanan!

Seperti biasa restoran mamak wajib singgah apabila datang ke Pulau Mutiara ini tidak lain tidak bukan Restoran Sup Hameed.@ Penang Road.

Menu-wajib-cuba sudah semestinya Sup Ekor panas dicicah dengan roti Benggali. Selain Sup Ekor, terdapat pelbagai pilihan lain seperti Sup Ayam,Sup Kambing,Sup Daging, Sup Urat dan yang paling istimewa Sup Torpedo.Ada brani??



Nasi kandar kuah banjir juga pasti menambat selera kalian.



Teh tarik di sini boleh buat anda ketagih dan ingin minum lagi dan lagi dan lagi...



Selain menu-menu di atas, Nasi Lemak 50 sen (walaupun harga sebungkus adalah RM1.50 kalau tak silap) dibungkus dengan daun pisang dan surat khabar lama juga antara tarikan di sini. Lebih enak dinikmati bersama sup panas.Lazaaaat!

Takut sesat?
Malu bertanya sesat jalan. Lokasi restoran yang terletak di tepi jalan-raya berhadapan dengan Hotel Malaysia pasti memudahkan pencarian kalian apabila melalui area Penang Road.Tiada alasan untuk tidak singgah!

*Jangan lupa LIKE Sup Hameed Penang Road di Facebook*

TBC

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 14 October 2011

From Ipoh with Love

Hari ini aku outstation ke Ipoh. Salah satu tempat yang aku gemari dan penuh memori. Katakan yang aku hidup dalam kenangan,tapi kenangan itu satu nostalgia dan nostalgia itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan.*Baiklah,ini sudah lari daripada topik asal*

Aku bukan hendak memperkatakan tentang tugasku di Ipoh ini. Tapi untuk berkongsi tempat-wajib-singgah bila berada di Ipoh.

RUMAH TUMPANGAN DAN KEDAI KOPI YONG SUAN!

Aku masih ingat, sewaktu masih lagi di universiti...sekitar tahun tiga, aku dan Mr.Hubby sanggup datang ke sini semata-mata untuk minum kopi & menikmati roti bakar.





Selain terkenal sebagai kopitiam, di sini juga terdapat mamak yang menjual Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih popular dengan nama "Nasi Wanggei" ataupun "Nasi Ganja".

Apa yang menariknya ialah nasi putih ini disajikan dengan sambal kelapa,timun,bendi,telur masin, kuah kari dan ayam merah. Jika kalian peminat kuah banjir, minta sahaja pada pelayan untuk ditambahkan ke dalam pinggan anda. Inilah hasilnya...terbukti lazat!


Tadaaa!!!

Kopi ais atau teh ais sudah semestinya pilihan terbaik lebih-lebih lagi sekiranya cuaca panas!



Teh ais tapau!

Oleh itu, bila ke Ipoh, jangan lupa cari kedai Yong Suan ini. Kalau sesat, tanyakan saja kepada orang tempatan, pasti jumpa!

Tips: Datang awal jika tidak mahu beratur panjang!





Sunday 9 October 2011

Big Bad Wolf!

Big Bad Wolf Book Sale - The Biggest Book Sale in the World

Bermula 7.10.11 sehingga 16.10.11 di Hall A, MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang)

Untuk maklumat lanjut layari Big Bad Wolf Books!!

Selamat bershopping & membaca :)





- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 7 October 2011

The Secret Life of Nora

Tuan-tuan & Puan-puan, mempersembahkan...The Secret Life of Nora!!

Berlatarbelakangkan era 60-an dan zaman kegemilangan cabaret, The Secret Life of Nora merupakan antara yang terbaik selepas Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee. Teater selama lebih kurang 2 jam 45 minit di bawah arahan Steven Dexter ini mampu memikat hati anda dengan gubahan melodi yang tidak mengecewakan apatah lagi diterajui oleh bintang-bintang hebat seperti Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Adibah Noor, Tony Eusoff, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi!

Antara barisan para pelakon

Siapa di sebalik Nora?

Executive Producer: Tiara Jacquelina
Director: Steven Dexter
Bookwriter: Raymond Miranda
Composer: Weng Onn San
Lyricist: Jerome Kugan
Bahasa Melayu Text and Lyricist: Alfian Sa’at
Music Director: Roslan Aziz
Choreographer: Pat Ibrahim
Set Designer: Francis O’ Connor
Set Consultant: Raja Maliq
Costume Designer: Moe Kassim & STYLO
Lighting Designer: Nick Richings
Assistant Director: Chedd Eddie Yusoff
Production Manager: Melissa Teoh


Sinopsis:
Mengisahkan Nora (Tiara Jacquelina), seorang primadona di Kelab Kelabu Malami tanpa pengetahuannya dilatih menjadi seorang agen perisik wanita bagi menyelesaikan satu misi berkaitan sindiket yang didalangi oleh Mr. J (Aznil Hj. Nawawi). Ujibakat untuk menjadi teraju utama di layar perak merupakan satu alasan yang digunakan oleh agen perisikan antarabangsa, Farouk (Tony Eusoff) bagi merekrut Nora sebagai perisik. Tersepit di antara cita-cita untuk bergelar primadona pujaan ramai atau meneruskan misi sebagai perisik wanita, Nora dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Roger (Ryan Silverman), agen perisik yang bertanggungjawab untuk melatih Nora untuk melakukan misi tersebut.

Rekaan set pentas, props dan kostum dirancang dengan baik dan teliti dan semestinya
membuatkan anda benar-benar berada di dalam
era 60-an. Elemen cinta, komedi dan suspens
diadun dengan baik sekali bagi memantapkan
teater ini.

Jadi, apa tunggu lagi?
The Secret Life of Nora akan ditayangkan sehingga 16 Oktober 2011 sahaja!!Tiket-tiket boleh didapati di Istana Budaya Box-Office atau AirAsiaRedTix.com bermula dari RM30 sehingga RM450!!

Saya & Mr. Hubby dah tonton, anda?

Mr. Hubby & Nora

Monday 29 August 2011

Mamy Poko Limited Edition

Hanya untuk hari ini, 29.8.2011!!
*Terhad 5 pek untuk sekeluarga.

Jom ke TESCO!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday 27 August 2011

Balik Kampung!!!

Tahun ini adalah kali ketiga berhari raya sebagai suami-isteri.

Kali pertama berhari raya sebagai mummy-daddy.

Dan, tahun pertama Chinta Zara mengenal hari raya!

Tahun ini giliran pulang ke kampung Johor dahulu. Kampung Terengganu akan menyusul Raya ketiga. Kalau dahulu travel berdua, sekarang travel berempat. Daddy + Mummy + Chinta + Kakak*

Beberapa hari sebelum bertolak pulang, sudah semestinya Mummy akan bertindak sebagai travel agent yang akan memastikan barang-barang keperluan Daddy + Chinta lengkap dikemaskan agar perjalanan pulang ke kampung lancar & menyeronokkan.

Checklist Balik Kampung *Untuk 10 hari*

Chinta Zara
  1. Infant Car Seat - wajib ada untuk kami yang akan menempuh perjalanan KL-Johor-Terengganu-KL.
  2. Soft toys & Baby Songs (Cds) - bagi mengelakkan kebosanan si kecil anda.
  3. MedKlinn in-car Air Sterilizer  - to ensure good quality of air/oxygen supply!
  4. Travel Friends Head Support - Chinta punya Chick!
  5. Travel Crib Light
  6. Play mat
  7. FoldAway BabyBath
  8. Electric Steriliser - harus bawa pulang sebab balik kampung lama :) Kalau 2-3 hari, masih boleh dipertimbangkan untuk tidak dibawa pulang!
  9. BAJU RAYA - kalau tertinggal alamatnya tak boleh beraya!
Barang-barang keperluan lain sama seperti post sebelum ini :)

Untuk keterangan/maklumat lanjut layari :
BABYBJORN Travel Crib Light
Newborn-to-Toddler Fold Away Baby Bath
Maxi-Cosi Pebble Car Seat
Travel Friends 0-12mths
MedKlinn Asens Auto

Selamat pulang berhari raya!!!

Kosa kata:
*Bibik

Wednesday 10 August 2011

Kari Ayam Penang

Ingin menjaga kesihatan dan masih menikmati hidangan yang lazat?Resipi ini sedikit berbeza kerana TIDAK menggunakan santan!

KARI AYAM PENANG

Bahan-bahannya:

(Bahan 1)
5 ketul ayam *bahagian mengikut citarasa*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

(Bahan 2) *dikisar*
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang merah
4 biji cili padi

(Bahan 3)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging *jenama mengikut citarasa*
1 mangkuk air
1 kiub ikan bilis Maggi
Sedikit rempah 4 beradik *Kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga*
Garam secukup rasa
Bendi/Kentang *mengikut citarasa*

Cara memasak:

1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan bersama-sama dengan sedikit serbuk kunyit & garam. Setelah itu, goreng ayam tersebut sehingga separuh masak. Toskan minyak dan biarkan seketika.

2. Kisar Bahan 2 sehingga lumat. Setelah itu tuangkan ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk kari & gaul sehingga rata.

3.Panaskan sedikit minyak. Masukkan rempah 4 beradik & Bahan 2 yang telah dicampurkan bersama-sama dengan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau. Sentiasa kacau agar bahan-bahan tersebut tidak hangit.

4. Masukkan daun kari dan kiub ikan bilis Maggi.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan air bagi menambahkan kuah.

6. Setelah itu masukkan kentang/bendi dan biarkan api dalam keadaan sederhana. Tutup periuk agar ayam dan kentang benar-benar empuk. Jika menggunakan bendi, boleh dimasukkan apabila ayam sudah empuk agar tidak layu.

7.Masukkan garam secukupnya.

8.Biarkan ia mendidih & tutup gas.

Sedia untuk dihidang!!

**Hidangan ini sesuai juga dinikmati bersama-sama dengan roti/nasi panas.



Kangkung Belacan

Gemarkan sesuatu yang mudah untuk dimasak sebagai hidangan berbuka puasa?

 Cubalah resipi KANGKUNG BELACAN!!

Bahan-bahannya:
1 ikat kangkung
1 ulas bawang besar *dihiris*
2 ulas bawang putih *ditumbuk*
1 sudu besar cili boh *sebaik-baiknya yang disediakan sendiri*
Sedikit udang kering *anggaran 7-8 ekor*
Sedikit belacan

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar yang telah dihiris bersama-sama dengan bawang putih yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik bau.

2. Masukkan cili boh, udang kering & belacan. Tumis sehingga naik bau.

3.Setelah itu, masukkan kangkung yang telah dibersihkan dan goreng sehingga kelihatan layu.

4.Matikan gas & sedia untuk dihidang.


Mudah bukan?Cubalah!!!

Selamat berbuka...

Tuesday 9 August 2011

Sardin Tumis

Kekeringan idea untuk menu berbuka puasa?Cubalah Sardin Tumis ala Eylia!!!

Bahan-bahan:

1 tin Sardin (Ayam Brands)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
4-5 biji cili api
Sedikit sos cili & kicap manis
Sedikit lada sulah

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. *saya suka minyak jagung*

2.Setelah itu, masukkan bawang besar yang dihiris  bersama-sama dengan cili api yang telah dipotong.*Jika suka pedas,boleh lebihkan cili*

3.Setelah naik bau,masukkan sardin. Tuangkan sedikit kicap dan sos cili serta tambahkan lada sulah.

4.Gaul rata & tunggu sehingga mendidih.

5.Matikan gas & sedia untuk dihidang!!!

Selamat mencuba!!

Friday 5 August 2011

Sirap Bandung Johor

Selalu kecewa dengan air yang dijual di Bazaar Ramadhan? Anda mampu mengubahnya!!

SIRAP BANDUNG JOHOR

Bahan-bahannya:

1 botol 1.5liter  F&N Ice Cream Soda *jenama mengikut citarasa*
Sirap (kordial atau homemade) *suka kordial Sirap F&N*
Susu cair IDEAL *jenama mengikut citarasa*
Ketulan ais *secukupnya*

Cara-caranya:

1. Masukkan sebotol ice cream soda ke dalam jag/bekas minuman yang besar.
2. Campurkan sirap dan susu cair ke dalam soda sehingga menghasilkan warna pink yang cantik.
3.Masukkan ketulan ais. Kacau rata.
4.Sedia untuk dihidang.

Tips:
  • Sentiasa kacau rata sewaktu sirap dan susu dicampurkan bersama soda.
  • Jangan risau sekiranya terlalu manis kerana ketulan ais akan menyeimbangkan rasa agar tidak terlalu manis.
  • Boleh campur laici/cincau/dragon fruit (dipotong dadu) jika mahu.

Amaran!!!
Jangan campur air. sekiranya dicampur, rosaklah resipi ini.


Selamat mencuba!!!

Thursday 4 August 2011

Batang Buruk

Gemarkan kuih tradisional?

BATANG BURUK


Namanya tak seindah rasa. Walaupun buruk namanya tetapi sentiasa menjadi pilihan di pagi Syawal.

RM15/1 paket (500gram - 80-90 biji) atau dengan pembelian MELEBIHI 2 paket kalian boleh dapatkan HARGA ISTIMEWA kami!!!

Tempah sekarang!!

Sila hubungi 012-7805798 untuk sebarang pertanyaan/tempahan.
*Whatsapp/Tango/Viber/KakaoTalk juga diterima*

Wednesday 3 August 2011

Baru

Bulan baru.
Wajah baru. *terpakai ke atas blog ini*


Selamat Berpuasa!!

Wednesday 27 July 2011

Hati kata...

Rindu bila jauh itu indah.
Dekat tapi rindu itu payah.


Selamat malam pujangga!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday 24 July 2011

Parenthood Expo!

7th Parenthood Expo kembali lagi!!

Tarikh : 29-31 Julai 2011
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre (Hall 1, 2 & 3)

Masuk adalah PERCUMA!!

Untuk maklumat lanjut kalian boleh klik sini. Pelbagai program & bengkel yang menarik untuk disertai.

Jumpa di sana!!!

Friday 22 July 2011

Cupcakes Crazy!

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. Iklan raya sudah mula disiarkan di televisyen. Promosi jualan murah pra-Ramadhan di mana-mana. Seperti sudah terhidu-hidu bau ayam golek dan air kathira di Bazaar Ramadhan. Pastinya kali ini, aku lebih teruja memandangkan ada Chinta bersama. Mungkinkah Ramadhan kali ini aku sempat bertarawikh di Masjid Asy-Syakirin seperti Ramadhan sebelumnya?

Bulan puasa bulan persiapan raya. Apabila Ramadhan semakin di penghujung, persiapan Hari Raya pun semakin giat berjalan. Aku pasti, kaum ibu adalah antara yang paling sibuk memastikan anak-anak berbaju baru, pakaian suami siap tersedia, ada buah tangan untuk keluarga dan mertua, tingkap rumah licin digilap, kuih raya paling tidak sejenis dua dan macam-macam lagi.

Waktu aku kecil, mama akan buat sendiri kuih raya. Antara kuih wajib ada ialah kuih tat dan sarang semut. Kedua-duanya adalah kesukaanku. Dalam keluarga, aku paling kurang berminat menyediakan kuih raya. Eyzza paling rajin. Sejak sekolah rendah dia sudah pandai mencipta resipi kuih raya sendiri. Apabila kuih rayanya menjadi, kembang kuncuplah hidung Eyzza yang tidak begitu mancung itu dek pujian sanak saudara.

Sehingga ke hari ini, dia masih minat membuat kuih raya. Beberapa tahun lepas, dia sudah mula berjualan kuih raya. Aku seperti biasa hanya menolong membuat kerja-kerja promoter pasaraya. Antara yang paling laris biasanya adalah kuih Cornflakes dan kuih Suji. Tahun ini, tidak pasti samada dia akan berjualan memandangkan sibuk menjalani praktikal. Akan diupdate kelak.

Adikku ini juga sudah mengembangkan lagi badan dan bakatnya dalam membuat cupcakes dan kek menggunakan label "Cupcakes Crazy". Se-gila pemiliknya!








Antara cupcakes yang dihasilkan. Dan juga pelbagai bentuk kek mengikut tempahan pelanggan. Sesuai untuk majlis perkahwinan, harijadi, bridal shower, baby shower atau untuk makan-makan!



Sila hubungi Eyzza di talian 012-7805789 untuk pertanyaan dan tempahan!!

Cupcakes dijual dengan harga RM2.50- RM3.50 per piece bergantung kepada corak/perisa/design yang diinginkan.Minimum order ialah 25 pieces ( 1 kotak).

Harga kek pula bergantung kepada berat/jenis/design.

Selamat Berpuasa!!!

Wednesday 13 July 2011

Lelaki

E-mail yang aku terima semalam daripada adik iparku buat aku tersenyum simpul sendiri.




Mungkin ini juga boleh menceriakan hari kalian?

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday 12 July 2011

TESCO

Tidak perlu corat-coret yang panjang. Esok hari terakhir promosi!!Jadilah ibu-bapa yang bijak berbelanja demi menjana ekonomi keluarga. Layari TESCO dan ayuh ke stor bedekatan sekarang!



Yang benar,

Pelanggan tetap TESCO Ampang.

KlasiQue

Tukang jahit sudah enggan terima tempahan. Sedangkan anak bulan Ramadhan pun belum lagi menunjukkan kelibat. Alternatif lain, mungkin terpaksa membeli baju raya yang sudah siap. Apa nak dirisaukan, terlalu banyak pilihan di pasaran sekarang. Baik rekaan pereka-pereka terkemuka, sehinggalah jualan longgok di Jalan Tunku Abdul Rahman. Oh, teringat akan sebuah kedai di celah-celah Masjid India yang menjual tudung ekspress dengan harga serendah RM2.50!!

Antara koleksi raya yang boleh dijadikan pilihan adalah rangkaian baju kurung dan kaftan eksklusif KlasiQue by MY COUTURE.

Diterajui oleh anak-anak muda tempatan, KlasiQue menjanjikan pilihan yang eksklusif dan berkualiti. Antara rangkaian produk ialah songket, busana lelaki & wanita serta aksesori. Sekiranya kalian berada di Terengganu hujung minggu ini, bolehlah mendapatkan Koleksi Raya secara terus pada tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah "LIKE" Klasique di Facebook. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan produk KlasiQue juga boleh dititipkan di page berkenaan.

Persiapan raya pun persiapan juga. Apa yang penting, sudahkah kalian habis mengganti puasa? Berilah aku kekuatan & hidayah agar segera menggantikan puasa yang tinggal 4 hari cuma!!!

Monday 11 July 2011

Kamu

Jika mampu ditafsirkan dengan bahasa
Kau adalah sastera terindah karya manusia
Jika mampu diluahkan dengan kata-kata
Kaulah syair ciptaan pujangga dunia

Tiada anugerah yang membanggakan
Selain mendampingi insan sesempurnamu
Tiada hikmah yang terselindung
Sekiranya aku hilang kamu.


Entah bila
Waktu ilhamku datang.

Di sebuah pejabat di tengah kota.

Cintaku seikhlasnya
Hanya untukmu
Tak berbelah bagi
Tak kurang, walau seinci.



13.5.2008
DNW, Bangsar
"Attachment Programme"

Kita

Aku.
Kamu.
Satu.
Walau jauh.



13.4.2008
Atas awan, Penang - KL

Luar & Dalam

Sepanjang tempoh berpantang, kadangkala ibu-ibu muda terlalu sibuk dan fokus terhadap bayi comel yang baru dilahirkan. Sehinggakan mereka lupa untuk membelai diri luar dan dalam. Entry lepas ada ku tulis berkaitan produk yang diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Antaranya ialah Set Bersalin NR yang mengandungi beberapa produk seperti:
  • PhytoNatal - dalam bentuk kapsul
  • Akar Herbanika - dalam uncang dan perlu dicampur air untuk diminum
  • Minyak Herbanika - minyak sapuan untuk disapu ke anggota badan terutamanya perut dan kaki
  • Herbanika Barut - sapuan pada perut dan pinggang sebelum berbengkung
  • Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
  • Herbanika Lulur - untuk menyental kulit agar halis dan berseri


Untuk maklumat lanjut atau mendapatkannya boleh klik sini atau hubungi Puan Amirah di talian 012-3220566. Puan ini sangat lemah-lembut dan cantik. Sesuai dengan imejnya sebagai pemilik toko Nona Roguy di 39-1, Tingkat 1, Lorong Ara Kiri, Lucky Garden, 59100 Bangsar.

Selain itu, aku menerima set bersalin sebagai hadiah oleh seorang teman. Iris Medi Herba Formula oleh Doktor Idris Ahmad, Pantai Medical Centre mengandungi scrub mandian, pilis dan tepel. Scrub mandian itu aku gunakan setiap hari tanpa gagal!


Untuk mengecutkan rahim, aku amalkan LD Venus by Elken. Terdapat 20 botol dalam setiap kotak. Sekurang-kurangnya 2 botol sehari. Ia bukan sahaja untuk mengecutkan rahim dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, tetapi turut berfungsi untuk merapatkan apa yang sepatutnya!Ianya bukan sahaja sesuai untuk wanita-wanitta yang baru bersalin malahan sesuai diambil untuk mereka yang mempunyai masalah dalam kitaran haid serta wanita yang menghampiri menopouse. Aku boleh dapatkan harga ahli, jika mahu!
Tidak lupa juga air rebusan halia + longan + kurma merah yang dimasak menggunakan periuk tanah untuk melawaskan proses perkumuhan.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Sekian.

Wednesday 6 July 2011

Pukul 3 pagi...


Pernah dengar kata-kata yang berbunyi sedikit lebih kurang begini "di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada wanita di belakangnya". Benarkah seseorang lelaki itu memerlukan wanita untuk menjadi hebat? Hebat benarkah wanita itu kerana berjaya mengubah hidup si lelaki ini?

Aku kenal seorang lelaki ini yang kurasakan dirinya hebat. Berjaya dalam hidupnya. Disenangi rakan taulan. Ya, benar. Beliau telah berkahwin. Tetapi sejak aku kenal lagi dia telah hebat. Sejak beliau bujang maksudku. Malah kerana kehebatan beliaulah aku kenal namanya yang disebut-sebut kerana kehebatannya.

Jika begitu keadaannya, terpakaikah kata-kata itu untuk diri lelaki tersebut? Pasti sukar untuk menjadi isterinya kerana dia harus menjadi paling tidak sama hebat dengan suaminya untuk buktikan kepada ramai yang dia sentiasa ada, setia di sisi sang suami, menyokong setiap apa yang dibuat oleh beliau.

Cuma terfikir tatkala menyusukan Chinta yang merengek mahukan susu di awal-awal pagi begini. Mahu menyambung mimpi indahku.

Selamat semua...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday 30 June 2011

Sawi & Lobak Putih

Entry ini bukan untuk mengulas harga sayur-sayuran di pasar mahupun TESCO. Cuma untuk berkongsi makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan sepanjang tempoh berpantang. Sepanjang 2  minggu berpantang, aku berjaya menurunkan 12kg. Satu pencapaian yang agak memuaskan (walaupun berat badan belum mencapai piawaian sang suami!) untuk aku yang naik berkilo-kilo sewaktu mengandungkan Chinta.

Mengikut petua makcik bidan, sebaik sahaja habis berurut dan berbengkung, terus makan nasi putih panas bersama-sama dengan lauk pantang yang SUNGGUH menyelerakan. Sepanjang tempoh berpantang, aku hanya makan nasi sekali sehari dalam kuantiti yang sedikit berlaukkan sayur sawi dan lobak putih (dipercayai untuk menambah susu badan) yang dimasak bening (orang Melayu beri nama "masak air") dan juga ikan bakar. Ikan bukan sebarang ikan. Ikan yang bibik hidangkan hanyalah ikan bawal putih (mengikut petua orang Cina, ikan ini boleh cepat menyembuhkan luka), ikan haruan yang semua orang tahu khasiatnya (bukan ikan haruan bela tetapi yang memang hidup di parit-parit...terima kasih kepada mereka yang sanggup terjun parit) dan ikan siakap. Ohh, bagi aku yang bukan penggemar ikan ini, tidak tertelan rasanya lauk-pauk sebegini. Jika dihidangkan 1/3 ekor ikan pun, belum tentu luak aku jamah. Lebih kurang 3 minggu makan nasi berlaukkan ikan, barulah menu pantang bertukar kepada sup ayam kampung dan sekali-sekala dapat menikmati hati goreng untuk menambah darah.

Kopi memang aku pantang sejak mula mengandung. Bayangkan seorang peminum kopi tegar harus berpantang hampir 10 bulan!!! Sebagai pengganti kopi, Horlicks dan Milo amat baik untuk menambahkan susu badan. Begitu juga dengan air rebusan longan dan kurma merah (petua seorang tabib Cina) yang bagus untuk ibu-ibu berpantang. Longan dan kurma merah yang direbus bersama-sama dengan halia (untuk membuang angin) di dalam periuk tanah bertujuan untuk melancarkan pembuangan air kecil.

Sekiranya lapar, aku akan ambil oren dan epal merah sebagai alas perut di samping melancarkan proses pencernaan. Sebelah petang, sebaik-baiknya sekitar jam 6, aku ambil 2-3 keping roti serat dan dimakan dengan marjerin atau jem. Apa yang penting adalah lebihkan minum air mineral (walaupun petua orang tua-tua melarang keras pengambilan air yang banyak sewaktu berpantang) seperti yang disyorkan oleh doktor!

Elakkan pengambilan :
  • Sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, petola, labu, terung dan kobis - menyebabkan sakit tulang, lemah sendi dan sejuk otot.
  • Buah- buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina - juga menyebabkan sakit tulang, lemah sendi dan sejuk otot.
  • Ikan masin/kering - menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering.
  • Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, pari, duri, sembilang dan parang - dikhuatiri bisa atau bentan pada pintu rahim.
  • Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru & makanan laut - menyebabkan kegatalan kulit dan alahan.
  • Apa jua jenis makanan berlemak, berminyak & berkolestrol!
Jika ingin kembali sihat, anggun dan ceria...praktikkanlah!!!


100 hari

Selepas fasa melahirkan anak, setiap wanita akan melalui proses berpantang. Melayu, Cina, India...ketiga-tiga kaum utama di Malaysia ini mempunyai cara berpantang tersendiri. Cuma apa yang berbeza adalah apa yang dipantangkan dan berapa lama tempoh berpantang mengikut kepercayaan masing-masing. Ada juga wanita moden kini mempersoalkan mengapa perlu berpantang?

Oh!!
Jika soalan itu diajukan kepadaku, jawapannya adalah untuk mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekal minat suami.
Semua itu "tepuk dada, tanya iman" sendiri!Sejauh mana mampu menahan godaan sepanjang tempoh tersebut. Mungkin aku boleh kongsikan serba sedikit tips-tips berpantang yang aku sendiri jalani sebagai panduan kepada mereka yang bakal melahirkan kelak.

Tempoh berpantang yang aku tetapkan sendiri terbahagi kepada 3 peringkat:
  • 44 hari
  • 60 hari
  • 100 hari
Mengapa sehingga ada 3 tempoh berpantang? Kerana setiap yang dipantangkan mempunyai tempoh yang tertentu. Sumber-sumber ini aku perolehi dari mereka yang lebih tua terutamanya makcik bidan kampung yang mengurutku. Terpulang untuk kalian teliti dan pertimbangkan samada hendak dipraktiskan atau tidak.

44 hari
Ini adalah perkara-perkara standard yang perlu dijaga/dilakukan sepanjang tempoh 44 hari selepas melahirkan:
  • Mengurut - seelok-eloknya berurut selepas 3 hari melahirkan dan diteruskan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Aku sendiri berurut sebanyak 10 kali tetapi tidak berturut-turut (selepas 3 kali diurut berturut-turut, biarkan badan "berehat" untuk sehari dua, kemudian baru disambung semula beberapa kali lagi dan begitulah seterusnya). Rutinku setiap pagi sebelum makcik bidan datang adalah mandi air daun yang bibik sediakan. Tujuannya adalah untuk menyegarkan badan, menghilangkan bau hanyir, memecahkan angin lalu memberi bau yang wangi ke atas tubuh badan. Daun-daun yang digunakan seperti serai wangi dan daun pandan.Aku mengamalkan mandi air daun selama hampir 3 minggu. Selepas mandi dan segar, barulah sesi mengurut bermula! Kelebihan mengurut adalah untuk melancarkan aliran darah, membuang angin, membetulkan semula urat-saraf yang tersimpul sewaktu melahirkan dan banyak lagi!
  • Lulur - Jangan lupa menggunakan lulur untuk melicin, melembut, mencerah dan memutihkan kulit. Tidak semua wanita yang mengandung dikurniakan kulit yang mulus dan bersinar. Kebanyakan kulit wanita sewaktu mengandung amatlah kusam dan tidak bermaya. Jadi, bila lagi hendak memanjakan diri sekiranya bukan sewaktu berpantang. Sekiranya pada hari-hari bekerja, berada 15 minit di dalam bilik air itu sudah dikira lama!
  • Berbengkung - Selepas mengurut, makcik bidan akan menolong aku memakai bengkung. Semua jenis bengkung aku cuba untuk mengempiskan perut!Namakan semua jenis bengkung yang ada.Baik bengkung jawa sepanjang 7 meter, bengkung jenis tali kasut, bengkung moden Amway...semuanya pernah meliliti pinggangku ini. Tapi, yang paling disukai adalah bengkung jenis tali kasut kerana sangat mudah untuk dipakai tanpa memerlukan bantuan orang lain. Yang penting, sebelum memakai bengkung, pastikan sapukan minyak panas/tepel di perut bagi mempercepatkan proses pengempisan tersebut.
*Petua ibu mertua: Campurkan perahan air limau nipis dan kapur.Kacau sehingga sebati dan sapukan ke bahagian perut sebelum berbengkung agar perut tidak menggelember. Percaya atau tidak, hasilnya terbukti kerana beliau telah 8 kali melahirkan anak!

  • Memakai sarung kaki - Ini adalah di antara 'aksesori' utama sewaktu berpantang malah sarung kaki yang tebal (disyorkan memakai stokin bola milik suami, jika ada) adalah lebih baik. Hendaklah dipakai tanpa gagal sebaik sahaja melahirkan (ketika masih lagi di hospital) sehinggalah tamat tempoh 44 hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kesejukan dan juga melindungi ibu jari kaki daripada terlanggar apa-apa kerana dikhuatiri akan bentan atau tumpah darah. Sebelum memakai sarung kaki, bolehlah menyapu minyak panas dari tapak kaki sehingga buku lali (aku menggunakan minyak Herbanika NR - akan diulas lanjut) agar badan menjadi lebih hangat!
  • Memakan jamu atau herba - sebaik-baiknya diambil 8-14 hari selepas bersalin (jika dikhuatiri memberi kesan ke atas bayi yang masih menyusu badan). Terdapat pelbagai jenis jamu dan herba di pasaran dan ini memerlukan kebijaksanaan kita sebagai pengguna untuk memilih.
  • Mematuhi larangan makanan - topik yang aku rasakan terlalu luas untuk diceritakan!Mungkin aku perlukan satu post khas untuk ini!
  • Tidak boleh keluar rumah - perkara yang pasti PALING sukar untuk dipatuhi. Masakan dalam tempoh 44 hari tidak boleh langsung menjejakkan kaki keluar rumah? Aku sendiri terpaksa keluar rumah untuk ke hospital kerana Chinta didapati  jaundice pada hari ke-6!

60 hari
Beberapa perkara yang disebutkan sewaktu 44 hari berpantang masih lagi diteruskan sehingga hari ke-60 selepas bersalin. Antaranya:

  • Masih mematuhi larangan makanan - Ingin kembalikan bentuk badan dan berat yang ideal?Inilah masanya!!
  • Makanan yang dimasak 2 kali seperti mee kuning, bee hoon dan laksa kerana dikhuatiri urat kembang. Pantang ini berjaya kuharungi!Alhamdulillah.
*Petua orang Utara: "Puasa" laksa sekurang-kurangnya setahun untuk mengelakkan urat-urat bersalin kembang. Mampukah kita? Kalau dapat bertahan 100 hari...SYUKUR!Setakat ini, aku masih bertahan kerana belum cukup 100 hari lagi tempoh selepas bersalin.
  • Masih mengamalkan campuran perahan limau nipis dan kapur - sudah tidak diamalkan sekerap dulu kerana selalu kehabisan stok limau nipis (ya..ya..hanya alasan!)
  • Masih elakkan benda-benda sejuk seperti air batu dan ice-cream

100 hari
Apa yang perlu dipantangkan sehingga 100 hari? Mengikut petua Melayu lama, 100 hari adalah tempoh berpantang isteri untuk tidak "bersama" dengan suami.

100 hari = 3 bulan 10 hari
Mampukah??

Mengikut doktor pakar sakit puan, si isteri sudah boleh kembali "bersama' suami selepas pemeriksaan yang akan dilakukan 6 minggu selepas bersalin (post-natal checkup)!!

Untuk maklumat lebih lanjut, kalian boleh baca Artikel Seks Selepas Bersalin ini!!

"Tepuk dada...tanya iman!!"
Selamat berpantang...

Chinta hati Mummy & Daddy



We both love you!

Wednesday 29 June 2011

7.7.2011

Tinggal beberapa hari lagi aku bergelar suri rumah sepenuh masa (walaupun kerapkali curi-curi keluar untuk bershopping & minum kopi...dan aku percaya ia sebahagian daripada aktiviti suri rumah!). Selepas ini Chinta akan tinggal dengan kakak (pembantu rumah...dan lagi aku anggap sekiranya aku keluar sebentar untuk menghirup udara di mall ianya sebagai sebahagian daripada latihan kepada kakak untuk menjaga Chinta sepanjang peninggalan aku ke pejabat kelak!)

Hujung minggu ini, kami akan membawa Chinta pulang ke Kuala Terengganu...kampung halaman daddy untuk kali pertama!Tidak sabar untuk bawa Chinta bertemu Aki & Wan (walaupun mereka kerap ke Kuala Lumpur dan ada menjenguk Chinta), sepupu-sepupu Chinta (Kak Damia, Kak Danisha & Kak Aleesya) dan tak lupa Tok Nyang yang masih sihat di sana.

Mummy Chinta yang pening untuk memikirkan barang-barang untuk dibawa memandangkan kali ini pulang menaiki flight. Kebiasaannya, jika pulang ke rumah Nanny & Ya'e, semua barang keperluan Chinta terus disumbat ke dalam kereta. Mungkin "packing checklist" ini boleh membantu aku dan kalian semua:

1. Nappies - secukupnya!! (termasuk waktu-waktu kecemasan atau delays)

2. Baby blanket(s) - sekurang-kurangnya satu untuk menghangatkan bayi anda!

3. Beg plastik - beberapa helai untuk meletakkan baju kotor / nappies sebelum dibuang ke dalam tong sampah!

4. Nappy rash cream

5. Baby wipes

6. Mandian bayi & losyen - untuk menjimatkan ruang, bawa travel set yang bersaiz kecil!

7. Tisu

8. Clothes - sekurang-kurangnya dua (2) persalinan sehari!

9. Washable bibs/muslins

10. Botol Susu - secukupnya!!

11. Food, formula, water - secukupnya!!

12. Breast pump - sekiranya masih menyusu badan.

13. Baby sling - Ringan dan senang dibawa. Ada kajian mengatakan bayi yang dibawa dengan baby sling  kurang menangis berbanding bayi yang didukung tanpa baby sling!!!

14. Travel Cot - sekiranya tempat yang anda pergi tiada kemudahan menyediakan tempat tidur bayi! (Kalau balik kampung, mungkin tidak berapa perlu)

15. Baby car seat - untuk keselamatan sepanjang perjalanan samada menaiki kereta, kapal terbang, keretapi mahupun bas!!

16. Sun hat & sun screen - jika perlu.

Yang penting, pastikan persiapan dibuat awal agar tiada yang tercicir/tertinggal.

Selamat balik kampung semua!!

Wednesday 22 June 2011

10 minggu

Hari ini 22 Julai 2011, genap 10 minggu Chinta Zara menghuni bumi Allah.Terasa cepat benar masa berlalu kerana lebih kurang 15 hari lagi, aku akan kembali berkhidmat.Pasti rindu rengekan dan keletahnya.

Chinta baru mengenal jari-jemarinya yang kecil itu. Tidak muat mulut untuk disumbatkan kesemuanya.Chinta...Chinta. agaknya yang dia fikirkan saat merasai kenikmatan menjilat jari sendiri?







Chinta @ Aqiqah Abang Rayyan Iman
Ahad, 19 Jun 2011

Friday 11 March 2011

Degup Jantung Itu


Dialah cinta kami yang pertama. Semakin dekat waktu untuk aku dan suami memberi warna di atas kanvas putih itu.

Coretan pertama

Hampir setengah dekad tidak menulis. Lenggok bahasa tidak secantik dahulu. Hendak mengatur ayat pun harus bercatur. Takut janggal dan pincang susunannya. Terima kasih untuk dia tersayang kerana menyuntik kembali semangat ini untuk kembali menulis.