Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Wednesday, 10 August 2011

Kari Ayam Penang

Ingin menjaga kesihatan dan masih menikmati hidangan yang lazat?Resipi ini sedikit berbeza kerana TIDAK menggunakan santan!

KARI AYAM PENANG

Bahan-bahannya:

(Bahan 1)
5 ketul ayam *bahagian mengikut citarasa*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

(Bahan 2) *dikisar*
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang merah
4 biji cili padi

(Bahan 3)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging *jenama mengikut citarasa*
1 mangkuk air
1 kiub ikan bilis Maggi
Sedikit rempah 4 beradik *Kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga*
Garam secukup rasa
Bendi/Kentang *mengikut citarasa*

Cara memasak:

1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan bersama-sama dengan sedikit serbuk kunyit & garam. Setelah itu, goreng ayam tersebut sehingga separuh masak. Toskan minyak dan biarkan seketika.

2. Kisar Bahan 2 sehingga lumat. Setelah itu tuangkan ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk kari & gaul sehingga rata.

3.Panaskan sedikit minyak. Masukkan rempah 4 beradik & Bahan 2 yang telah dicampurkan bersama-sama dengan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau. Sentiasa kacau agar bahan-bahan tersebut tidak hangit.

4. Masukkan daun kari dan kiub ikan bilis Maggi.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan air bagi menambahkan kuah.

6. Setelah itu masukkan kentang/bendi dan biarkan api dalam keadaan sederhana. Tutup periuk agar ayam dan kentang benar-benar empuk. Jika menggunakan bendi, boleh dimasukkan apabila ayam sudah empuk agar tidak layu.

7.Masukkan garam secukupnya.

8.Biarkan ia mendidih & tutup gas.

Sedia untuk dihidang!!

**Hidangan ini sesuai juga dinikmati bersama-sama dengan roti/nasi panas.



Kangkung Belacan

Gemarkan sesuatu yang mudah untuk dimasak sebagai hidangan berbuka puasa?

 Cubalah resipi KANGKUNG BELACAN!!

Bahan-bahannya:
1 ikat kangkung
1 ulas bawang besar *dihiris*
2 ulas bawang putih *ditumbuk*
1 sudu besar cili boh *sebaik-baiknya yang disediakan sendiri*
Sedikit udang kering *anggaran 7-8 ekor*
Sedikit belacan

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar yang telah dihiris bersama-sama dengan bawang putih yang telah ditumbuk tadi ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik bau.

2. Masukkan cili boh, udang kering & belacan. Tumis sehingga naik bau.

3.Setelah itu, masukkan kangkung yang telah dibersihkan dan goreng sehingga kelihatan layu.

4.Matikan gas & sedia untuk dihidang.


Mudah bukan?Cubalah!!!

Selamat berbuka...

Tuesday, 9 August 2011

Sardin Tumis

Kekeringan idea untuk menu berbuka puasa?Cubalah Sardin Tumis ala Eylia!!!

Bahan-bahan:

1 tin Sardin (Ayam Brands)
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
4-5 biji cili api
Sedikit sos cili & kicap manis
Sedikit lada sulah

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. *saya suka minyak jagung*

2.Setelah itu, masukkan bawang besar yang dihiris  bersama-sama dengan cili api yang telah dipotong.*Jika suka pedas,boleh lebihkan cili*

3.Setelah naik bau,masukkan sardin. Tuangkan sedikit kicap dan sos cili serta tambahkan lada sulah.

4.Gaul rata & tunggu sehingga mendidih.

5.Matikan gas & sedia untuk dihidang!!!

Selamat mencuba!!

Friday, 5 August 2011

Sirap Bandung Johor

Selalu kecewa dengan air yang dijual di Bazaar Ramadhan? Anda mampu mengubahnya!!

SIRAP BANDUNG JOHOR

Bahan-bahannya:

1 botol 1.5liter  F&N Ice Cream Soda *jenama mengikut citarasa*
Sirap (kordial atau homemade) *suka kordial Sirap F&N*
Susu cair IDEAL *jenama mengikut citarasa*
Ketulan ais *secukupnya*

Cara-caranya:

1. Masukkan sebotol ice cream soda ke dalam jag/bekas minuman yang besar.
2. Campurkan sirap dan susu cair ke dalam soda sehingga menghasilkan warna pink yang cantik.
3.Masukkan ketulan ais. Kacau rata.
4.Sedia untuk dihidang.

Tips:
  • Sentiasa kacau rata sewaktu sirap dan susu dicampurkan bersama soda.
  • Jangan risau sekiranya terlalu manis kerana ketulan ais akan menyeimbangkan rasa agar tidak terlalu manis.
  • Boleh campur laici/cincau/dragon fruit (dipotong dadu) jika mahu.

Amaran!!!
Jangan campur air. sekiranya dicampur, rosaklah resipi ini.


Selamat mencuba!!!