Thursday 20 October 2011

Aku, Penang & Mereka : Bahagian II

Lokasi wajib-cuba seterusnya ialah Restoran Kapitan @ Lebuh Chulia.

Restoran ini amat terkenal dengan susu badam iaitu susu lembu yang dididihkan bersama-sama dengan campuran badam,kismis dan halia di dalam kawah besar.




Inilah Susu Badam wajib-cuba!Warnanya kuning seperti air jagung.



Antara menu yang popular dan menjadi kegemaran warga tempatan ialah Roti Cheese Naan dan Nasi Briyani Ayam Tandoori Claypot.




Menu minuman yang terdapat di sini...



Paling menarik Restoran Kapitan juga turut menyediakan delivery service!




Jangan lupa masukkan Restoran Kapitan di dalam carian GPS kalian jika ke Penang!

TBC

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 19 October 2011

Aku,Penang dan Mereka : Bahagian 1

Minggu ini outstation lagi. Kali ini ke Georgetown - Syurga Makanan!

Seperti biasa restoran mamak wajib singgah apabila datang ke Pulau Mutiara ini tidak lain tidak bukan Restoran Sup Hameed.@ Penang Road.

Menu-wajib-cuba sudah semestinya Sup Ekor panas dicicah dengan roti Benggali. Selain Sup Ekor, terdapat pelbagai pilihan lain seperti Sup Ayam,Sup Kambing,Sup Daging, Sup Urat dan yang paling istimewa Sup Torpedo.Ada brani??



Nasi kandar kuah banjir juga pasti menambat selera kalian.



Teh tarik di sini boleh buat anda ketagih dan ingin minum lagi dan lagi dan lagi...



Selain menu-menu di atas, Nasi Lemak 50 sen (walaupun harga sebungkus adalah RM1.50 kalau tak silap) dibungkus dengan daun pisang dan surat khabar lama juga antara tarikan di sini. Lebih enak dinikmati bersama sup panas.Lazaaaat!

Takut sesat?
Malu bertanya sesat jalan. Lokasi restoran yang terletak di tepi jalan-raya berhadapan dengan Hotel Malaysia pasti memudahkan pencarian kalian apabila melalui area Penang Road.Tiada alasan untuk tidak singgah!

*Jangan lupa LIKE Sup Hameed Penang Road di Facebook*

TBC

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 14 October 2011

From Ipoh with Love

Hari ini aku outstation ke Ipoh. Salah satu tempat yang aku gemari dan penuh memori. Katakan yang aku hidup dalam kenangan,tapi kenangan itu satu nostalgia dan nostalgia itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan.*Baiklah,ini sudah lari daripada topik asal*

Aku bukan hendak memperkatakan tentang tugasku di Ipoh ini. Tapi untuk berkongsi tempat-wajib-singgah bila berada di Ipoh.

RUMAH TUMPANGAN DAN KEDAI KOPI YONG SUAN!

Aku masih ingat, sewaktu masih lagi di universiti...sekitar tahun tiga, aku dan Mr.Hubby sanggup datang ke sini semata-mata untuk minum kopi & menikmati roti bakar.





Selain terkenal sebagai kopitiam, di sini juga terdapat mamak yang menjual Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih popular dengan nama "Nasi Wanggei" ataupun "Nasi Ganja".

Apa yang menariknya ialah nasi putih ini disajikan dengan sambal kelapa,timun,bendi,telur masin, kuah kari dan ayam merah. Jika kalian peminat kuah banjir, minta sahaja pada pelayan untuk ditambahkan ke dalam pinggan anda. Inilah hasilnya...terbukti lazat!


Tadaaa!!!

Kopi ais atau teh ais sudah semestinya pilihan terbaik lebih-lebih lagi sekiranya cuaca panas!



Teh ais tapau!

Oleh itu, bila ke Ipoh, jangan lupa cari kedai Yong Suan ini. Kalau sesat, tanyakan saja kepada orang tempatan, pasti jumpa!

Tips: Datang awal jika tidak mahu beratur panjang!





Sunday 9 October 2011

Big Bad Wolf!

Big Bad Wolf Book Sale - The Biggest Book Sale in the World

Bermula 7.10.11 sehingga 16.10.11 di Hall A, MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang)

Untuk maklumat lanjut layari Big Bad Wolf Books!!

Selamat bershopping & membaca :)





- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday 7 October 2011

The Secret Life of Nora

Tuan-tuan & Puan-puan, mempersembahkan...The Secret Life of Nora!!

Berlatarbelakangkan era 60-an dan zaman kegemilangan cabaret, The Secret Life of Nora merupakan antara yang terbaik selepas Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee. Teater selama lebih kurang 2 jam 45 minit di bawah arahan Steven Dexter ini mampu memikat hati anda dengan gubahan melodi yang tidak mengecewakan apatah lagi diterajui oleh bintang-bintang hebat seperti Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Adibah Noor, Tony Eusoff, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi!

Antara barisan para pelakon

Siapa di sebalik Nora?

Executive Producer: Tiara Jacquelina
Director: Steven Dexter
Bookwriter: Raymond Miranda
Composer: Weng Onn San
Lyricist: Jerome Kugan
Bahasa Melayu Text and Lyricist: Alfian Sa’at
Music Director: Roslan Aziz
Choreographer: Pat Ibrahim
Set Designer: Francis O’ Connor
Set Consultant: Raja Maliq
Costume Designer: Moe Kassim & STYLO
Lighting Designer: Nick Richings
Assistant Director: Chedd Eddie Yusoff
Production Manager: Melissa Teoh


Sinopsis:
Mengisahkan Nora (Tiara Jacquelina), seorang primadona di Kelab Kelabu Malami tanpa pengetahuannya dilatih menjadi seorang agen perisik wanita bagi menyelesaikan satu misi berkaitan sindiket yang didalangi oleh Mr. J (Aznil Hj. Nawawi). Ujibakat untuk menjadi teraju utama di layar perak merupakan satu alasan yang digunakan oleh agen perisikan antarabangsa, Farouk (Tony Eusoff) bagi merekrut Nora sebagai perisik. Tersepit di antara cita-cita untuk bergelar primadona pujaan ramai atau meneruskan misi sebagai perisik wanita, Nora dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Roger (Ryan Silverman), agen perisik yang bertanggungjawab untuk melatih Nora untuk melakukan misi tersebut.

Rekaan set pentas, props dan kostum dirancang dengan baik dan teliti dan semestinya
membuatkan anda benar-benar berada di dalam
era 60-an. Elemen cinta, komedi dan suspens
diadun dengan baik sekali bagi memantapkan
teater ini.

Jadi, apa tunggu lagi?
The Secret Life of Nora akan ditayangkan sehingga 16 Oktober 2011 sahaja!!Tiket-tiket boleh didapati di Istana Budaya Box-Office atau AirAsiaRedTix.com bermula dari RM30 sehingga RM450!!

Saya & Mr. Hubby dah tonton, anda?

Mr. Hubby & Nora