Monday, 11 July 2011

Luar & Dalam

Sepanjang tempoh berpantang, kadangkala ibu-ibu muda terlalu sibuk dan fokus terhadap bayi comel yang baru dilahirkan. Sehinggakan mereka lupa untuk membelai diri luar dan dalam. Entry lepas ada ku tulis berkaitan produk yang diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Antaranya ialah Set Bersalin NR yang mengandungi beberapa produk seperti:
  • PhytoNatal - dalam bentuk kapsul
  • Akar Herbanika - dalam uncang dan perlu dicampur air untuk diminum
  • Minyak Herbanika - minyak sapuan untuk disapu ke anggota badan terutamanya perut dan kaki
  • Herbanika Barut - sapuan pada perut dan pinggang sebelum berbengkung
  • Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
  • Herbanika Lulur - untuk menyental kulit agar halis dan berseri


Untuk maklumat lanjut atau mendapatkannya boleh klik sini atau hubungi Puan Amirah di talian 012-3220566. Puan ini sangat lemah-lembut dan cantik. Sesuai dengan imejnya sebagai pemilik toko Nona Roguy di 39-1, Tingkat 1, Lorong Ara Kiri, Lucky Garden, 59100 Bangsar.

Selain itu, aku menerima set bersalin sebagai hadiah oleh seorang teman. Iris Medi Herba Formula oleh Doktor Idris Ahmad, Pantai Medical Centre mengandungi scrub mandian, pilis dan tepel. Scrub mandian itu aku gunakan setiap hari tanpa gagal!


Untuk mengecutkan rahim, aku amalkan LD Venus by Elken. Terdapat 20 botol dalam setiap kotak. Sekurang-kurangnya 2 botol sehari. Ia bukan sahaja untuk mengecutkan rahim dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman, tetapi turut berfungsi untuk merapatkan apa yang sepatutnya!Ianya bukan sahaja sesuai untuk wanita-wanitta yang baru bersalin malahan sesuai diambil untuk mereka yang mempunyai masalah dalam kitaran haid serta wanita yang menghampiri menopouse. Aku boleh dapatkan harga ahli, jika mahu!
Tidak lupa juga air rebusan halia + longan + kurma merah yang dimasak menggunakan periuk tanah untuk melawaskan proses perkumuhan.

Sekadar berkongsi pengalaman.

Sekian.

Wednesday, 6 July 2011

Pukul 3 pagi...


Pernah dengar kata-kata yang berbunyi sedikit lebih kurang begini "di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada wanita di belakangnya". Benarkah seseorang lelaki itu memerlukan wanita untuk menjadi hebat? Hebat benarkah wanita itu kerana berjaya mengubah hidup si lelaki ini?

Aku kenal seorang lelaki ini yang kurasakan dirinya hebat. Berjaya dalam hidupnya. Disenangi rakan taulan. Ya, benar. Beliau telah berkahwin. Tetapi sejak aku kenal lagi dia telah hebat. Sejak beliau bujang maksudku. Malah kerana kehebatan beliaulah aku kenal namanya yang disebut-sebut kerana kehebatannya.

Jika begitu keadaannya, terpakaikah kata-kata itu untuk diri lelaki tersebut? Pasti sukar untuk menjadi isterinya kerana dia harus menjadi paling tidak sama hebat dengan suaminya untuk buktikan kepada ramai yang dia sentiasa ada, setia di sisi sang suami, menyokong setiap apa yang dibuat oleh beliau.

Cuma terfikir tatkala menyusukan Chinta yang merengek mahukan susu di awal-awal pagi begini. Mahu menyambung mimpi indahku.

Selamat semua...

- Posted using BlogPress from my iPhone