Wednesday 6 July 2011

Pukul 3 pagi...


Pernah dengar kata-kata yang berbunyi sedikit lebih kurang begini "di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada wanita di belakangnya". Benarkah seseorang lelaki itu memerlukan wanita untuk menjadi hebat? Hebat benarkah wanita itu kerana berjaya mengubah hidup si lelaki ini?

Aku kenal seorang lelaki ini yang kurasakan dirinya hebat. Berjaya dalam hidupnya. Disenangi rakan taulan. Ya, benar. Beliau telah berkahwin. Tetapi sejak aku kenal lagi dia telah hebat. Sejak beliau bujang maksudku. Malah kerana kehebatan beliaulah aku kenal namanya yang disebut-sebut kerana kehebatannya.

Jika begitu keadaannya, terpakaikah kata-kata itu untuk diri lelaki tersebut? Pasti sukar untuk menjadi isterinya kerana dia harus menjadi paling tidak sama hebat dengan suaminya untuk buktikan kepada ramai yang dia sentiasa ada, setia di sisi sang suami, menyokong setiap apa yang dibuat oleh beliau.

Cuma terfikir tatkala menyusukan Chinta yang merengek mahukan susu di awal-awal pagi begini. Mahu menyambung mimpi indahku.

Selamat semua...

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment