Friday 22 July 2011

Cupcakes Crazy!

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. Iklan raya sudah mula disiarkan di televisyen. Promosi jualan murah pra-Ramadhan di mana-mana. Seperti sudah terhidu-hidu bau ayam golek dan air kathira di Bazaar Ramadhan. Pastinya kali ini, aku lebih teruja memandangkan ada Chinta bersama. Mungkinkah Ramadhan kali ini aku sempat bertarawikh di Masjid Asy-Syakirin seperti Ramadhan sebelumnya?

Bulan puasa bulan persiapan raya. Apabila Ramadhan semakin di penghujung, persiapan Hari Raya pun semakin giat berjalan. Aku pasti, kaum ibu adalah antara yang paling sibuk memastikan anak-anak berbaju baru, pakaian suami siap tersedia, ada buah tangan untuk keluarga dan mertua, tingkap rumah licin digilap, kuih raya paling tidak sejenis dua dan macam-macam lagi.

Waktu aku kecil, mama akan buat sendiri kuih raya. Antara kuih wajib ada ialah kuih tat dan sarang semut. Kedua-duanya adalah kesukaanku. Dalam keluarga, aku paling kurang berminat menyediakan kuih raya. Eyzza paling rajin. Sejak sekolah rendah dia sudah pandai mencipta resipi kuih raya sendiri. Apabila kuih rayanya menjadi, kembang kuncuplah hidung Eyzza yang tidak begitu mancung itu dek pujian sanak saudara.

Sehingga ke hari ini, dia masih minat membuat kuih raya. Beberapa tahun lepas, dia sudah mula berjualan kuih raya. Aku seperti biasa hanya menolong membuat kerja-kerja promoter pasaraya. Antara yang paling laris biasanya adalah kuih Cornflakes dan kuih Suji. Tahun ini, tidak pasti samada dia akan berjualan memandangkan sibuk menjalani praktikal. Akan diupdate kelak.

Adikku ini juga sudah mengembangkan lagi badan dan bakatnya dalam membuat cupcakes dan kek menggunakan label "Cupcakes Crazy". Se-gila pemiliknya!








Antara cupcakes yang dihasilkan. Dan juga pelbagai bentuk kek mengikut tempahan pelanggan. Sesuai untuk majlis perkahwinan, harijadi, bridal shower, baby shower atau untuk makan-makan!



Sila hubungi Eyzza di talian 012-7805789 untuk pertanyaan dan tempahan!!

Cupcakes dijual dengan harga RM2.50- RM3.50 per piece bergantung kepada corak/perisa/design yang diinginkan.Minimum order ialah 25 pieces ( 1 kotak).

Harga kek pula bergantung kepada berat/jenis/design.

Selamat Berpuasa!!!

1 comment:

  1. kawan i berminat dgn cupcakes eyzza...i dah forward eyzza fb to my friend.

    ReplyDelete