Wednesday 10 August 2011

Kari Ayam Penang

Ingin menjaga kesihatan dan masih menikmati hidangan yang lazat?Resipi ini sedikit berbeza kerana TIDAK menggunakan santan!

KARI AYAM PENANG

Bahan-bahannya:

(Bahan 1)
5 ketul ayam *bahagian mengikut citarasa*
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

(Bahan 2) *dikisar*
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang merah
4 biji cili padi

(Bahan 3)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging *jenama mengikut citarasa*
1 mangkuk air
1 kiub ikan bilis Maggi
Sedikit rempah 4 beradik *Kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih & buah pelaga*
Garam secukup rasa
Bendi/Kentang *mengikut citarasa*

Cara memasak:

1. Perapkan ayam yang telah dibersihkan bersama-sama dengan sedikit serbuk kunyit & garam. Setelah itu, goreng ayam tersebut sehingga separuh masak. Toskan minyak dan biarkan seketika.

2. Kisar Bahan 2 sehingga lumat. Setelah itu tuangkan ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk kari & gaul sehingga rata.

3.Panaskan sedikit minyak. Masukkan rempah 4 beradik & Bahan 2 yang telah dicampurkan bersama-sama dengan serbuk kari. Tumis sehingga naik bau. Sentiasa kacau agar bahan-bahan tersebut tidak hangit.

4. Masukkan daun kari dan kiub ikan bilis Maggi.

5. Selepas itu, masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata. Sedikit demi sedikit masukkan air bagi menambahkan kuah.

6. Setelah itu masukkan kentang/bendi dan biarkan api dalam keadaan sederhana. Tutup periuk agar ayam dan kentang benar-benar empuk. Jika menggunakan bendi, boleh dimasukkan apabila ayam sudah empuk agar tidak layu.

7.Masukkan garam secukupnya.

8.Biarkan ia mendidih & tutup gas.

Sedia untuk dihidang!!

**Hidangan ini sesuai juga dinikmati bersama-sama dengan roti/nasi panas.



1 comment: