Friday, 5 August 2011

Sirap Bandung Johor

Selalu kecewa dengan air yang dijual di Bazaar Ramadhan? Anda mampu mengubahnya!!

SIRAP BANDUNG JOHOR

Bahan-bahannya:

1 botol 1.5liter  F&N Ice Cream Soda *jenama mengikut citarasa*
Sirap (kordial atau homemade) *suka kordial Sirap F&N*
Susu cair IDEAL *jenama mengikut citarasa*
Ketulan ais *secukupnya*

Cara-caranya:

1. Masukkan sebotol ice cream soda ke dalam jag/bekas minuman yang besar.
2. Campurkan sirap dan susu cair ke dalam soda sehingga menghasilkan warna pink yang cantik.
3.Masukkan ketulan ais. Kacau rata.
4.Sedia untuk dihidang.

Tips:
  • Sentiasa kacau rata sewaktu sirap dan susu dicampurkan bersama soda.
  • Jangan risau sekiranya terlalu manis kerana ketulan ais akan menyeimbangkan rasa agar tidak terlalu manis.
  • Boleh campur laici/cincau/dragon fruit (dipotong dadu) jika mahu.

Amaran!!!
Jangan campur air. sekiranya dicampur, rosaklah resipi ini.


Selamat mencuba!!!

2 comments:

  1. sirap bandung johor style mmg da bomb kan eylia.. i notice kalau kt KL they dun use ice cream soda.. hehe =) yum!! sedapla! tetiba i mengidam =)

    ReplyDelete